Tuesday, June 2, 2009

Taklimat Kepada Amil Zakat Fitrah Daerah Kulaijaya

Taklimat di atas telah diadakan pada 2 Jun 2009 bertempat di Ballroom TJ Mart, Kulaijaya.

Pada tahun ini daerah Kulaijaya memiliki seramai 48 Amil zakat fitrah, semoga pertambahan jumlah ini (tahun lepas 37 orang) akan membantu kelancaran pungutan zakat.

Para peserta yang majoritinya merupakan imam kariah didedahkan dengan hal ehwal pungutan zakat fitrah, takaful dan pelbagai pengisian lain berkaitan zakat fitrah termasuk dialog.

Seperti biasa sepanjang bulan Ramadhan dan bulan Disember PADKj akan beroperasi 7 hari seminggu (9 pagi hingga 4 petang pada hari Sabtu dan Ahad).....

Monday, May 25, 2009

Program Jabatan Mufti Bersama Masyarakat

makluman...

Program di atas akan diadakan sebagaimana berikut:

Tempat: Dataran Balairaya Kampung Seri Paya, Kulaijaya
Tarikh : 30 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 8:45 malam
Ahli Panel:
- SS YB Dato Hj Mohd Tahrir bin Dato' Hj Shamsudin
- Ustaz Hj Jainal bin Sakiban
- Ustaz Hj Hanfiah bin Abd. Razak

muslimin muslimat dipersilakan hadir...

Nota:

Program diserikan dengan acara riadah pada jam 5 petang dan penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin/fakir tempatan.

Wednesday, March 11, 2009

DOKUMEN PERMOHONAN NIKAH :




Borang permohonan mestilah LENGKAP


* Kad pengenalan Asal pemohon dan SALINAN


* SALINAN kad pengenalan 2 orang saksi borang ( lelaki selain adik beradik )


* SALINAN kad pengenalan WALI


* Surat Akuan Status Diri ( bujang, dara, duda, janda ) daripada PENGHULU atau KETUA KAMPUNG atau MAJIKAN ( beragama ISLAM & gunakan kepala surat @ 'Letterhead' tempat kerja ) ASAL & SALINAN


* Laporan pengesahan Pemeriksaan Kesihatan ( HIV ) dari Hospital & Klinik Kerajaan sahaja

* Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI ASAL & SALINAN

* Surat Bukti Mastautin pemohon yg berlainan tempat tinggal dengan alamat dalam kad pengenalan daripada : PENGHULU atau KETUA KAMPUNG sahaja ASAL & SALINAN

*SALINAN sijil nikah ibu bapa sekiranya pemohon anak Perempuan sulung ATAU wali pernikahan adalah saudara LELAKI seibu sebapa @ sebapa sulung

* SALINAN sijil kematian bapa sekiranya wali pernikahan telah meninggal dunia

*SALINAN sijil kematian & sijil nikah pernikahan dahulu (jika cerai mati )

*SALINAN sijil cerai bagi janda & surat pengesahan cerai bagi duda

*SALINAN sijil anggapan mati ( jika berkaitan )

*Dokumen KEBENARAN Berkahwin Di Luar Kawasan( jika pasangan dari luar Daerah / Negeri ) ASAL & SALINAN

*Surat Akuan Memeluk agama Islam bagi saudara baru

*Surat Akuan Sumpah berkenaan Status Diri sebelum memeluk Islam daripada Suruhanjaya Sumpah Yang Beragama Islam / perintah CERAI daripada Mahkamah Tinggi

*Surat Kebenaran Khas bagi Anggota Polis @ Tentera

*Dokumen KEBENARAN Berkahwin dari Mahkamah Syariah bagi kes poligami, bawah umur, janda berhias & wali hakim

*Surat Wakalah Wali sekiranya wali tidak hadir semasa pernikahan

*Dokumen kebenaran pernikahan dengan warga asing ( jika berkaitan )






PERINGATAN :

BORANG PERMOHONAN SERTA DOKUMEN BERKAITAN HENDAKLAH DIHANTAR OLEH PEMOHON SENDIRI DALAM TEMPOH 90 HARI & TIDAK KURANG DARI 14 HARI SEBELUM TARIKH PERNIKAHAN.


SAH LAKU SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN HANYA SEKALI SAHAJA KECUALI CERAI MATI @ POLIGAMI.

PADKJ mulakan operasi berkaitan nikah


salam...

Sukacita dimaklumkan bahawa mulai 2 Mac 2009M bersamaan 5 Rabiul Awal 1430H PADKj telah memulakan operasi berkaitan nikah, cerai dan rujuk (NCR). Justeru semua warga Kulaijaya boleh menggunakan kemudahan ini yang sebelumnya dilaksanakan di PADJB.

Urusan berkaitan zakat dan wakaf telahpun dilaksanakan mulai tahun 2008.


Ayuh hindarkan sebarang alasan untuk tidak membayar zakat!