Tuesday, June 2, 2009

Taklimat Kepada Amil Zakat Fitrah Daerah Kulaijaya

Taklimat di atas telah diadakan pada 2 Jun 2009 bertempat di Ballroom TJ Mart, Kulaijaya.

Pada tahun ini daerah Kulaijaya memiliki seramai 48 Amil zakat fitrah, semoga pertambahan jumlah ini (tahun lepas 37 orang) akan membantu kelancaran pungutan zakat.

Para peserta yang majoritinya merupakan imam kariah didedahkan dengan hal ehwal pungutan zakat fitrah, takaful dan pelbagai pengisian lain berkaitan zakat fitrah termasuk dialog.

Seperti biasa sepanjang bulan Ramadhan dan bulan Disember PADKj akan beroperasi 7 hari seminggu (9 pagi hingga 4 petang pada hari Sabtu dan Ahad).....