Wednesday, March 11, 2009

DOKUMEN PERMOHONAN NIKAH :




Borang permohonan mestilah LENGKAP


* Kad pengenalan Asal pemohon dan SALINAN


* SALINAN kad pengenalan 2 orang saksi borang ( lelaki selain adik beradik )


* SALINAN kad pengenalan WALI


* Surat Akuan Status Diri ( bujang, dara, duda, janda ) daripada PENGHULU atau KETUA KAMPUNG atau MAJIKAN ( beragama ISLAM & gunakan kepala surat @ 'Letterhead' tempat kerja ) ASAL & SALINAN


* Laporan pengesahan Pemeriksaan Kesihatan ( HIV ) dari Hospital & Klinik Kerajaan sahaja

* Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI ASAL & SALINAN

* Surat Bukti Mastautin pemohon yg berlainan tempat tinggal dengan alamat dalam kad pengenalan daripada : PENGHULU atau KETUA KAMPUNG sahaja ASAL & SALINAN

*SALINAN sijil nikah ibu bapa sekiranya pemohon anak Perempuan sulung ATAU wali pernikahan adalah saudara LELAKI seibu sebapa @ sebapa sulung

* SALINAN sijil kematian bapa sekiranya wali pernikahan telah meninggal dunia

*SALINAN sijil kematian & sijil nikah pernikahan dahulu (jika cerai mati )

*SALINAN sijil cerai bagi janda & surat pengesahan cerai bagi duda

*SALINAN sijil anggapan mati ( jika berkaitan )

*Dokumen KEBENARAN Berkahwin Di Luar Kawasan( jika pasangan dari luar Daerah / Negeri ) ASAL & SALINAN

*Surat Akuan Memeluk agama Islam bagi saudara baru

*Surat Akuan Sumpah berkenaan Status Diri sebelum memeluk Islam daripada Suruhanjaya Sumpah Yang Beragama Islam / perintah CERAI daripada Mahkamah Tinggi

*Surat Kebenaran Khas bagi Anggota Polis @ Tentera

*Dokumen KEBENARAN Berkahwin dari Mahkamah Syariah bagi kes poligami, bawah umur, janda berhias & wali hakim

*Surat Wakalah Wali sekiranya wali tidak hadir semasa pernikahan

*Dokumen kebenaran pernikahan dengan warga asing ( jika berkaitan )






PERINGATAN :

BORANG PERMOHONAN SERTA DOKUMEN BERKAITAN HENDAKLAH DIHANTAR OLEH PEMOHON SENDIRI DALAM TEMPOH 90 HARI & TIDAK KURANG DARI 14 HARI SEBELUM TARIKH PERNIKAHAN.


SAH LAKU SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN HANYA SEKALI SAHAJA KECUALI CERAI MATI @ POLIGAMI.

No comments:

Post a Comment